Menjelang tarikh istimewa Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pekida Banang Heights pada masa lebih kurang 10 hari lagi ini, para jemaah dijemput untuk bersama menyertai kerja-kerja gotong-royong, rewang dan persiapan yang bakal diadakan. Sila perhatikan info-info dalam group whatsapp mengenai pemakluman terkini.
assalam semuaa jemaah..bg yg berkelapangan dijemput utk bersama memeriahkan majlis jamuan aidilfitri ini...
Jumaat 07/08/2015 Perkarangan Rumah Abang Harun Tambak Bunga,Alor Setar.. Kami mewakili seluruh warga pentadbiran Pekida Malaysia ingin mengucapkan Selamat Datang kepada semua Perwakilan & Peserta yang telah selamat tiba ke MRSM Transkrian. Semoga perjalanan perhimpunan kali ini dipermudahkan & dirahmati oleh Allah s.w.t.
Kepada yang masih belum tiba ke destinasi, bersamalah kita mendoakan agar perjalanan saudara-saudara kita ini dilindungi Allah s.w.t. الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ Segala puji-pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga serta para sahabat baginda. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Engkaulah teman dalam perjalanan ini agar kami selamat sampai ke destinasi. Kurniakanlah kami kebaikan dan ketakwaan dalam perjalanan ini. Permudahkanlah perjalanan kami dan berikanlah kami sepanjang perjalanan ini tubuh badan yang sihat. Sampaikanlah kami ke tempat yang kami tujui sehingga sempurna hajat kami. Jadikanlah perjalanan kami ini Ya Allah, perjalanan yang bermanfaat. Permudahkanlah kami untuk melihat keindahan alam ciptaaanMu agar kami insaf betapa kerdilnya kami di sisiMu dan jadikanlah kami hamba-hambaMu yang sentiasa berzikir dan memuji kebesaran dan keagungan ciptaanMu. Berikanlah pengajaran yang berguna, agar kami dapat memanfaatkannya kepada diri sendiri dan juga kepada orang lain. Teguhkanlah hati kami dalam menerima apa jua ujianMu dalam perjalanan ini. Maha Suci Allah yang memudahkan perjalanan ini dan sesungguhnya kepada Engkaulah kami mengadu dan memohon pertolongan. ُسْبحان الذي سخر لنا هذا وما كنا له مقرنين وإنا إلى ربنا لمنقلبون رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ |
ArchivesCategories |